Entry: UJIAN MENJENGAH TIBA Tuesday, August 12, 2008



Tuan pahlawan berhati rawan,
merindu jelita si tinggi lampai;
tingginya tuan di atas awan,
tidak terdaya hamba mencapai.

Berbanding dengan minggu-minggu awal, minggu lepas saya rasakan minggu saya yang paling tidak produktif. Entah mengapa. Mungkin kerana dilanda kelelahan setelah usai menyempurnakan hari yang cukup sibuk sewaktu Diskusi Mantan MPR sabtu sebelumnya, saya masih lagi terasa ada sedikit semngat yang luntur.

Tambahan pula, ada peristiwa yang berlaku minggu lepas yang amat memeritkan jiwa saya sehingga saya tidak mampu memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dengan tenang. Bila hubungan kita dengan manusia di sekitarnya menghadapi masalah, sudah tentunya ia akan menyebabkan tumpuan kepada kerja mahupun pembelajaran akan sedikit terjejas.

Saya cuba untuk berkeras, untuk melupakan segala masalah yang melanda jiwa dan nurani saya dan mengalihkannya kepada kerja-kerja yang sepatutnya saya langsaikan. Memang tidak mampu disangkal, kesannya memang terlihat kepada pemikiran saya. Apa yang saya harapkan, masalah itu akan diselesaikan agar saya dapat mengulangkaji dengan tenang.

Saya meyakinkan diri sendiri bahawa masalah tentu saja akan timbul dalam setiap aspek kehidupan. Masalah dengan keluarga, sahabat, guru, malahan dengan sesiapa sahaja. Masalah sebegini yang mengajar kita untuk lebih matang menghadapi cabaran masa muka. Itulah prinsip dan pegangan yang menjadi ingatan saya dari dahulu sehingga kini. Kita tidak harus melatah apabila dihadapkan dengan sebarang cabaran dan dugaan.

Bercerita tentang dugaan, ada sebuah dugaan yang saya kira merupakan rutin dalam kehidupan setiap mahasiswa - UJIAN! Menjelang pertengah semester, aduhai betapa cepatnya masa berlalu. Bermulalah waktu untuk musim ujian yang datang demi menguji sejauh mana kefahaman seseorang pelajar terhadap pelajaran. Kalau benar-benar bersedia dan konsisten, baguslah. Tapi kalau persediaan tidak cukup dan memandang enteng pelajaran sebelum menjelangnya peperiksaan akhir, maka terpaksalah terima akibatnya.

Criminal Law 1 akan diadakan ujiannya pada esok hari. Gentar juga kerana bukanlah saya tidak bersedia, tetapi ia merupakan antara subjek yang saya sangat blur. Apa yang disampaikan melalui kuliah sebetulnya sangat sedikit dengan apa yang diperlukan untuk jawapan di medan peperiksaan. Maka, kerajinan dan kesungguhan juga usaha sendiri amat perlu.

Family Law 1 dan Law of Succession pula, masing-masing akan diadakan pada minggu hadapan. Untuk kedua-dua subjek ini, saya tidak ada masalah dari segi untuk memahami, memandangkan penyampaian dan maklumat yang cukup disampaikan kepada pelajar sewaktu kuliah. Cabarannya adalah untuk menghafal berlonggok-longgok kes dan statut yang tentunya amat mencabar kotak memori saya!

Mujurlah ada hujung minggu ini untuk saya betul-betul belajar dan memahami segala isi kandungannya. Namun, saya ada satu lagi dilema. Ahad ini bapa saudara saya akan melangsungkan perkahwinannya di Muar, Johor. Saya teringin sangat nak pergi kerana dah lama tak balik kampung. Tambahan pula, ingin merayakan sekali hari jadi saya pada 19 Ogos minggu hadapan. Tapi, ibubapa saya pula tidak membenarkan saya balik berikut ujian minggu hadapan. Apa yang perlu saya lakukan. Antara pelajaran dan persaudaraan, yang mana harus saya utamakan?

   9 comments

web design
June 25, 2009   01:17 PM PDT
 
keran mak bapak susah payah membesarkan kita
web design
June 25, 2009   12:12 PM PDT
 
jangan hampakan harapan mak bapak
malaysia web design
June 22, 2009   05:04 PM PDT
 
belajar sampai puncak menara gading
malaysia web design
June 22, 2009   10:49 AM PDT
 
jangan putus asa
malaysia web design
June 3, 2009   10:40 AM PDT
 
gigih la berusaha
fire safety
May 20, 2009   05:38 PM PDT
 
USAHA TANGGA KEJAYAAN
second home
March 27, 2009   06:03 PM PDT
 
buat lah yang terbaik
interactive exhibits
March 26, 2009   05:17 PM PDT
 
AKU DOAKAN SEMOGA BERJAYA
web design
March 25, 2009   07:36 PM PDT
 
SEMOGA BERJAYA

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments