|
***** Turut sama dilancarkan pada hari tersebut adalah antologi ketiga mantan MPR, iaitu Antologi Kacak Jelita, yang sudah pasti memuatkan cerpen-cerpen daripada para graduan MPR yang kacak-kacak dan jelita-jelita belaka! ***** Pada malam hari pula, saya telah memenuhi undangan geng soljah untuk acara Malam Baca Naskhah Sindiket Soljah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka. Saya datang memenuhi kuota 2 mantan MPR yang diberikan daripada pihak geng Soljah kepada MPR sehingga Februari tahun hadapan. Ini merupakan kali pertama saya menyertai dan menghadiri MASKARA. Sebenarnya agak terkejut juga kerana acaranya begitu santai sekali. Ada lakonan, muzik, sajak. Pendek kata apa-apa sahaja jenis seni persembahan. Saya memilih untuk membacakan 3 rangkap pantun dan sajak saya iaitu - Doa Yang Bungkam. Saya juga begitu tertarik dengan persembahan Dewangga Sakti yang amat menghiburkan sekali. Saya tabik kepada mereka sebab masih memperjuangkan lagu-lagu irama Melayu kita di tengah-tengah arus pemodenan. Lagu Zapin Bunga Hutan yang mereka nyanyikan merupakan antara lagu zapin yang begitu saya gemari. Saya tidak dapat lupa apabila mereka telah menjemput saya ke hadapan untuk menemani mereka berpantun untuk lagu Rasa Sayang! Aduhai rasa malu betul masa itu. Sampaikan saya hilang segala rangkap pantun yang saya hafal. Pantun buah cempedak pun jadi kelam-kabut dibuatnya. Tapi atas dasar sporting, saya tampil juga kehadapan menemani mereka. ***** Ketika saya bangun pagi tadi, perkara pertama yang saya lakukan adalah membelek Mingguan Malaysia untuk melihat karya siapa yang tersiar pada hari minggu ini. Pabila merenung-renung, saya lihat nama Ku Seman dengan sajaknya Nakhoda Sebuah Bahtera. Tidak lupa juga puisi daripada nama besar seperti Marsli N.O dan senior saya, Abang Faisal Tehrani. Kemudian, saya melihat lagi, sebuah sajak yang kelihatan seperti amat familiar sekali. A-K-A-D-C-I-N-T-A. Owh, sajak saya rupanya! Tidak sangka pula keluar. Ironinya, puisi saya yang ini keluar selepas pertemuan sehari suntuk semalam dengan geng-geng penulis di DBP. Seperti juga apa yang berlaku dahulu sebelum puisi saya yang pertama tersiar di Mingguan Malaysia. Syukur Alhamdullillah. Sajak itu dah lama juga saya hantar. Sebuah puisi yang menyatakan tentang kalimah syahadah. Semoga selepas ini dipermudahkan lagi untuk saya menukil karya yang lebih baik. Amin... |
| malaysia seo April 15, 2009 05:43 PM PDT MEMANG ADA YANG MANIS UNTUK DI KENANGKAN | ||
| Zaifulnizam 'AttOkz' Wagiran August 5, 2008 05:58 PM PDT Mau belajar berpantun ah dgn kau. heh! Teruskan. | ||
| ajami August 4, 2008 11:31 PM PDT pantun2 kau best!!! | ||
| Nazri August 4, 2008 03:57 PM PDT Terima kasih kerana datang ke MASKARA. Kirim salam kembali pada Che Nasriah, hahah! | ||
| OP August 3, 2008 10:04 PM PDT jangan serik untuk ke MASKARA lagi ya? jumpa bulan 11 nanti insya Allah. | ||
| spyz August 3, 2008 09:27 PM PDT hmm.. tentunya ini hujung minggu yg manis utk dikenang kan? salam ukhwah.. | ||
| Leave a Comment: |