Iklan Nuffnang


 

Profil

 

Azree Ariffin, dilahirkan pada 19 Ogos 1987 dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Seorang Mahasiswa Undang-Undang yang sedang menuntut di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Meminati bidang sastera dan kebudayaan, teristimewanya sajak dan pantun. Merupakan Mantan Minggu Penulis Remaja DBP 2005. Boleh diundang untuk menyertai acara deklamasi puisi dan baca naskhah.

 

Sidang Tingkap


   

Iklan AdBrite



Kalender


<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

 

Pautan

 
|
Amiza Kusyri | Azree MH | Fahd Razy | Ghafirah Idris | Hani Salwah | Khairun Nasriah | Nimoiz T.Y | Nisah Haron | Salina Ibrahim | Sri Diah | Ainunl Muaiyanah |

| abrar | ahada | akhi masrawi | aljoofre | antukarma | azhan | bustaman | d'arkampo | dona adura | elida | hairie firdaus  | halela | hata | jiwarasa | kumprinx | malique | mba | mely | nasarudin | nordin | nor salina | sultan muzaffarsuzairul | tok rimau |

| azmir | bhavani | chin yeow | hariharan | khirul ezar | muizz rachel | radlin | salahuddin | sheng wei | yen shan | yi-bin | zafrul |

| amd associate | blogdrive | bravenet | cari | dewan bahasa dan pustaka | esastera | friendster | geng jurnal | geocities | globe of blogs | googlehamlau | karyanet | melayu | multimedia university | noraniza idris | photobucket | project petaling street | sifoo | silat cekak ustaz hanafi | siti nurhalizastatcounter | syokz | tv3 | ujana ilmu |

 

Referer


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


MyBlogLog



Statistik


 

Site Meter    

Kotak Undian


My Ballot Box
What do you want me to blog about?











View Results

Hubungi Saya

Klik sini untuk menghubungi saya.
Segala maklum balas adalah dialu-alukan.


 

Kemaskini


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Pemberitahuan


Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
 
Wednesday, November 26, 2008
AKHIRNYA BERAKHIR
Setiap yang bermula pasti berakhir. Itulah hakikat kehidupan. Maka, dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa blog ini akan saya tutup. InsyaAllah saya akan meneruskan catatan di http://azreeariffin.blogspot.com. Jumpa di sana!


Diutus pada 02:44 pm  oleh azrie87
Maklum Balas |



Sunday, November 16, 2008
CUTI KINI BERMULA!

Alhamdullillah, peperiksaan akhir semester sudah berlalu. Harapannya, semoga keputusan yang bakal menjelma nanti akan memberikan buah kemanisan setelah lelah bercucuk tanam di perkebunan ilmu. Apa yang harus dilalui, kini telah berlalu. Apa pun yang berlaku, sekarang ini hanyalah doa dan tawakal sebagai penerus kudrat dan upaya.


Diutus pada 10:13 pm  oleh azrie87
Maklum Balas (3) |



Wednesday, October 29, 2008
DOAKAN KEJAYAANKU!

Laksamana raja di laut,
bersemayan di bukit batu;
Hati siapa tidak terpaut,
mendengar lagu zapin melayu.

Waktu yang suntuk kini, memang benar-benar menguras rasa dan tenaga. Maaflah, kerana telah mengabaikan blog ini buat tempoh yang lama. InsyaAllah selepas peperiksaan akhir nanti, dan selepas itu pula setelah saya usai kem saya di Pahang, saya akan kembali mengkhabar-beritakan kisah-kisah saya. Sehingga itu, doakanlah kejayaan saya dalam peperiksaan akhir ini. Doa kalian amat saya hargai!

Jadual Peperiksaan Akhir
Ethics & Fiqh for Everyday Life - 30 Oktober
Criminal Law 1 - 2 November
Constitutional Law 1 - 6 November
Family Law 1 - 7 November
Law of Succession - 12 November

Aktiviti Semasa Cuti
McLead - 12-18 November
Seminar Kebangsaan Puisi Tradisional - 24-25 November


Diutus pada 11:30 am  oleh azrie87
Maklum Balas |



Sunday, August 24, 2008
PENGALAMAN SAYEMBARA DEKLAMASI 2008

Gambar tidak ada kena mengena dengan entri.
Tengah tiup lilin kek hari jadi!

Musim Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka pada tahun ini telah banyak memberikan saya pengalaman yang baru. Bertemu dengan orang-orang kuat arena deklamasi ini membakar semangat saya untuk bertanding dengan lebih meyakinkan pada tahun hadapan. Bermula dengan pertandingan peringkat Kuala Lumpur, saya telah datang bersama rombongan berempat kawan-kawan dari UIAM semata-mata untuk bertanding adalah suatu pengalamana yang cukup manis sekali.

Iyalah, kalau hendak dibandingkan dengan tahun lepas, saya berseorang diri sahaja merempuh arus pagi Kuala Lumpur untuk ke Laman Budaya yang letaknya di Jalan Tun H.S. Lee itu dengan tanpa apa-apa pengalaman dan teman. Semuanya sendiri. Dari menghantar borang penyertaan kepada mendapatkan antologi Jamung Merdeka.

Saya juga tidak dapat melupakan bagaimana sewaktu saya habis mendeklamasikan sajak, saya boleh sahaja terus balik tanpa mengambil kamera daripada seorang rakan peserta yang telah saya minta pertolongannya untuk mengambil gambar saya sewaktu bertanding. Saat tiba di stesen LRT Damai barulah saya tersedar mengenai perkara tersebut dan terus berpatah balik. Saya ingat lagi nama peserta tersebut, Zaid. Mujurlah dia masih belum balik lagi. Sudahlah saya ada ujian pada malam pertandingan tersebut.

Tahun ini juga, saya berkesempatan untuk menghadiri SDPM peringkat IPTA yang diadakan di UKM. Rakan saya Ahmad Hafiz, telah mewakili UIAM dengan sajak keramat, Deklarasi Kemerdekaan. Sewaktu melatih Hafizlah, saya telah berkenalan dengan Abang Amran, seorang yang sangat berdedikasi dan bersemangat dalam pentas deklamasi puisi ini. Saya begitu kagum dengan kesungguhan beliau melatih kami. Begitu banyak ilmu baru yang saya dapat melalui beliau dan saya amat menghargainya. Melalui beliau jugalah, saya dapat berkenalan dengan seorang lagi rakan deklamator, Nik Mustaqim, yang juga merupakan Johan SDPM peringkat Kuala Lumpur. (Panjang umur Abang Amran. Tengah menulis pasal dia, tiba-tiba dia pula call saya!)

Pada hari Khamis dan Jumaat lepas, saya turut ke SDPM 2008 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.



Diutus pada 02:57 pm  oleh azrie87
Maklum Balas |



Wednesday, August 20, 2008
MENGINJAK USIA 21 TAHUN

Tenang-tenang air di laut,
datang gelora merubah pantai;
Terang-terang hati terpaut,
darilah mata jiwa terantai.

Saya menyambut hari lahir ke-21 semalam dalam keriuhan yang melanda tatkala kalut mempersiapkan diri untuk ujian 3 buah matapelajaran. Saya habiskan waktu semalam dengan menguliti nota-nota Criminal Law 1 yang serasanya bagai begitu menekan-nekan sukma ini. Ujian yang sepatutnya diadakan pada minggu lepas, telah dilambatkan ke minggu ini, membuatkan saya begitu terseksa. Sudahlah saya baru sahaja lepas ujian Family Law 1 pada hari sebelumnya, usai sahaja ujian semalam saya perlu pula mempersiapkan diri untuk The Law of Succession pada tengahari tadi.

Jadual peperiksaan sebegini sebenarnya saya rasakan akan mempengaruhi fokus saya kerana waktu untuk menelaah yang sangat terhad. Saya begitu risau dengan keputusan nanti. Saya telah membuat persiapan awal, tetapi hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya. Sekarang ini, tawakal dan berdoa.

Kembali kepada sambutan Hari Lahir saya, tidak ada sambutan apa pun yang diadakan. Saya faham, mungkin dengan kesibukan ujian. Tapi tidak mengapalah, usia hanya angka. Ulangtahun hanyalah hari. Namun, saya berdoa, semoga dengan injakan usia emas 21 ini, saya akan menjadi manusia yang lebih matang menghadapi dugaan hidup dan juga kerenah manusia yang bermacam-macam.

Wassalam.


Diutus pada 02:22 pm  oleh azrie87
Maklum Balas |



Tuesday, August 12, 2008
UJIAN MENJENGAH TIBA

Tuan pahlawan berhati rawan,
merindu jelita si tinggi lampai;
tingginya tuan di atas awan,
tidak terdaya hamba mencapai.

Berbanding dengan minggu-minggu awal, minggu lepas saya rasakan minggu saya yang paling tidak produktif. Entah mengapa. Mungkin kerana dilanda kelelahan setelah usai menyempurnakan hari yang cukup sibuk sewaktu Diskusi Mantan MPR sabtu sebelumnya, saya masih lagi terasa ada sedikit semngat yang luntur.

Tambahan pula, ada peristiwa yang berlaku minggu lepas yang amat memeritkan jiwa saya sehingga saya tidak mampu memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dengan tenang. Bila hubungan kita dengan manusia di sekitarnya menghadapi masalah, sudah tentunya ia akan menyebabkan tumpuan kepada kerja mahupun pembelajaran akan sedikit terjejas.

Saya cuba untuk berkeras, untuk melupakan segala masalah yang melanda jiwa dan nurani saya dan mengalihkannya kepada kerja-kerja yang sepatutnya saya langsaikan. Memang tidak mampu disangkal, kesannya memang terlihat kepada pemikiran saya. Apa yang saya harapkan, masalah itu akan diselesaikan agar saya dapat mengulangkaji dengan tenang.

Saya meyakinkan diri sendiri bahawa masalah tentu saja akan timbul dalam setiap aspek kehidupan. Masalah dengan keluarga, sahabat, guru, malahan dengan sesiapa sahaja. Masalah sebegini yang mengajar kita untuk lebih matang menghadapi cabaran masa muka. Itulah prinsip dan pegangan yang menjadi ingatan saya dari dahulu sehingga kini. Kita tidak harus melatah apabila dihadapkan dengan sebarang cabaran dan dugaan.

Bercerita tentang dugaan, ada sebuah dugaan yang saya kira merupakan rutin dalam kehidupan setiap mahasiswa - UJIAN! Menjelang pertengah semester, aduhai betapa cepatnya masa berlalu. Bermulalah waktu untuk musim ujian yang datang demi menguji sejauh mana kefahaman seseorang pelajar terhadap pelajaran. Kalau benar-benar bersedia dan konsisten, baguslah. Tapi kalau persediaan tidak cukup dan memandang enteng pelajaran sebelum menjelangnya peperiksaan akhir, maka terpaksalah terima akibatnya.

Criminal Law 1 akan diadakan ujiannya pada esok hari. Gentar juga kerana bukanlah saya tidak bersedia, tetapi ia merupakan antara subjek yang saya sangat blur. Apa yang disampaikan melalui kuliah sebetulnya sangat sedikit dengan apa yang diperlukan untuk jawapan di medan peperiksaan. Maka, kerajinan dan kesungguhan juga usaha sendiri amat perlu.

Family Law 1 dan Law of Succession pula, masing-masing akan diadakan pada minggu hadapan. Untuk kedua-dua subjek ini, saya tidak ada masalah dari segi untuk memahami, memandangkan penyampaian dan maklumat yang cukup disampaikan kepada pelajar sewaktu kuliah. Cabarannya adalah untuk menghafal berlonggok-longgok kes dan statut yang tentunya amat mencabar kotak memori saya!

Mujurlah ada hujung minggu ini untuk saya betul-betul belajar dan memahami segala isi kandungannya. Namun, saya ada satu lagi dilema. Ahad ini bapa saudara saya akan melangsungkan perkahwinannya di Muar, Johor. Saya teringin sangat nak pergi kerana dah lama tak balik kampung. Tambahan pula, ingin merayakan sekali hari jadi saya pada 19 Ogos minggu hadapan. Tapi, ibubapa saya pula tidak membenarkan saya balik berikut ujian minggu hadapan. Apa yang perlu saya lakukan. Antara pelajaran dan persaudaraan, yang mana harus saya utamakan?


Diutus pada 05:13 pm  oleh azrie87
Maklum Balas |



Sunday, August 03, 2008
DISKUSI MPR, MASKARA & AKAD CINTA
*****

Gambar Ihsan Nissa' Yusof

Lega rasanya. Setelah perancangan yang telah dilakukan oleh Kak Nasriah Abdul Salam dan Kak Hani Salwah Yaakup, dibantu pula oleh para junior-junior mantan MPR, akhirnya Diskusi Novel & Kumpulan Puisi Mantan MPR 2008 telah berjaya dilangsungkan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua urusetia yang telah menjadikan diskusi ini satu kenyataan.

Turut sama dilancarkan pada hari tersebut adalah antologi ketiga mantan MPR, iaitu Antologi Kacak Jelita, yang sudah pasti memuatkan cerpen-cerpen daripada para graduan MPR yang kacak-kacak dan jelita-jelita belaka!

*****

Pada malam hari pula, saya telah memenuhi undangan geng soljah untuk acara Malam Baca Naskhah Sindiket Soljah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka. Saya datang memenuhi kuota 2 mantan MPR yang diberikan daripada pihak geng Soljah kepada MPR sehingga Februari tahun hadapan. Ini merupakan kali pertama saya menyertai dan menghadiri MASKARA. Sebenarnya agak terkejut juga kerana acaranya begitu santai sekali. Ada lakonan, muzik, sajak. Pendek kata apa-apa sahaja jenis seni persembahan. Saya memilih untuk membacakan 3 rangkap pantun dan sajak saya iaitu - Doa Yang Bungkam.

Saya juga begitu tertarik dengan persembahan Dewangga Sakti yang amat menghiburkan sekali. Saya tabik kepada mereka sebab masih memperjuangkan lagu-lagu irama Melayu kita di tengah-tengah arus pemodenan. Lagu Zapin Bunga Hutan yang mereka nyanyikan merupakan antara lagu zapin yang begitu saya gemari. Saya tidak dapat lupa apabila mereka telah menjemput saya ke hadapan untuk menemani mereka berpantun untuk lagu Rasa Sayang! Aduhai rasa malu betul masa itu. Sampaikan saya hilang segala rangkap pantun yang saya hafal. Pantun buah cempedak pun jadi kelam-kabut dibuatnya. Tapi atas dasar sporting, saya tampil juga kehadapan menemani mereka.

*****

Ketika saya bangun pagi tadi, perkara pertama yang saya lakukan adalah membelek Mingguan Malaysia untuk melihat karya siapa yang tersiar pada hari minggu ini. Pabila merenung-renung, saya lihat nama Ku Seman dengan sajaknya Nakhoda Sebuah Bahtera. Tidak lupa juga puisi daripada nama besar seperti Marsli N.O dan senior saya, Abang Faisal Tehrani. Kemudian, saya melihat lagi, sebuah sajak yang kelihatan seperti amat familiar sekali.

A-K-A-D-C-I-N-T-A.

Owh, sajak saya rupanya! Tidak sangka pula keluar. Ironinya, puisi saya yang ini keluar selepas pertemuan sehari suntuk semalam dengan geng-geng penulis di DBP. Seperti juga apa yang berlaku dahulu sebelum puisi saya yang pertama tersiar di Mingguan Malaysia. Syukur Alhamdullillah. Sajak itu dah lama juga saya hantar. Sebuah puisi yang menyatakan tentang kalimah syahadah. Semoga selepas ini dipermudahkan lagi untuk saya menukil karya yang lebih baik. Amin...



Diutus pada 05:37 pm  oleh azrie87
Maklum Balas (3) |



Next Page

+teratakku.tk v2.6 2004-2008

Blogdrive